Ainnuraihan’s Weblog


Hobi baru


Ini hobi baru aku, dgn memandang ke langit byk yg boleh kita fikirkan…


Terpesona

Suasana

Maha Besar Kekuasaan Allah SWT yg mencipta kejadian alam semesta ini. Kerdil aku disisiNya, namun aku bersyukur kerana Allah masih Mengasihi aku, Alhamdullilah.


Aku, Suami & Soffi

Memori aku duluw , seronok ye time tu he he he


Kalau dah jodoh…

ct & cd

Hari ahad 15/3/09 aku sefamily pegi kenduri rumah biras aku kat sg tengah, Sabak Bernam. Masa aku dtg tu mmg tgh ramai giler, sampe nak mkn pun kene tggu giliran, sabau ajelah… apa2 pun aku nak ucapkan selamat pengantin baru kat ct dgn suami cd org sabah, tu la org kata kalu dah jodoh jauh mcm mane atas pelamin bersanding jugak…teringat memori aku duluw


Soffi belajar solat

telekung sofi

Anakku sofi baru mula nak belajar solat, sejuk perut umi yang mengandung…Alhamdullilah


Mee Udang BNO

mee udang

Jumaat mmg meyeronokkan sbb rehat hr ni panjang, jd Jumaat lepas kami berempat, aku selaku pemandu berhemah, shima,bonda dan kak min makan-makan kat tepi pantai BNO, kami order mee udang, boleh tahanlah jugak udang ye segar manis rasa nya, kira layannn lah…


Kisah Bunga Aku dan Lelaki itu…

245geq01

Bercerita ttg bunga ros ni, mmg agak teruja sikitla, sbb 27 Sept 2000 ade seorang lelaki telah mengirim sejambak bunga ros 24 kuntum kepada aku bg salam perkenalan dari ye.
Memang agak terkejut masa tu…rasa dlm hati ni bercampur-campur, sbb aku tak tahu pun mcm mane org ye… takut jugaklah kalu org tu tak menepati citarasaku, wah mcmlah aku ni cantik sgt…
30 Sept 2000 utk kali pertama aku melihat wajah ye, eh! mcm cina pulak, sbb pg2 kot mata sepet sikit, wajah dia , Alhamdullilah, nak kata hensem bolehlah, sedap mata memandang, cume tang hidung tu mancung tak jadi sbb jawa celup mas salleh katakan… he he he
Berdebar jugaklah masa tu… dia bawa aku pegi sarapan, tapi cover line, mkn sikit aje… sampai office je bile dia pun dah balik aku pegi beli sarapan, mkn puas-puas he he he
Tgh hari dia jemput aku, dia bw aku ke tasik Shah Alam utk sembang-sembang, tak lama pun lepas tu balik,bila dah balik aku pun mula berfikir,adakah lelaki ini sesuai dgn jiwa aku yg terlalu sensitif ni, aku pun dok mengira sesuai ke tak , sesuai ke tak , sesuai ke tak… lama-lama aku berserah, hanya Allah SWT sahaja yang tahu tentang segala-gala ye, lalu aku bertawakal pada Allah SWT.
Lalu aku pandang bunga ros pemberian ye… diwaktu itu hujan turun dan aku berfikir sejenak…
Lelaki ini hadir setelah 7 hari aku buat solat hajat dan aku bermohon pada Allah, agar aku dkurniakan seorang suami yg Beriman, bagi aku yg penting lelaki ini tidak meninggalkan solat dan hormat kedua Ibubapa . Lelaki ini hadir setelah terputusnya kasih kekasih hatiku(biarlah rahsia), lalu aku memutuskan dia adalah Anugerah dari Allah SWT.

inilah wajah lelaki itu…

suamiku

Inilah Cinta hatiku Suami pengarang jantung hatiku


Amalan Memperolehi Zuriat

Dalam berdoa, kita disuruh menaruh harapan 100% kepada Allah SWT dan yakin bahawa Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk mengabulkan doa kita. Mungkin anda dan suami boleh mencuba amalan berikut. Semoga Allah SWT memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda yang dalam penantian mendapatkan zuriat.

AMALAN PERTAMA

1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh
• Baca Bismillah 1x
• Kemudian selawat ke atas Rasulullah SAW 3x
• Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101x
• Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat.”)
• Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3x
2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil.
Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.

AMALAN KEDUA
1. Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11x sebelum mengadakan jimak.
2. Isteri hendaklah membawa “Ya Awwal” (Yang Tiada Permulaan ada-Nya) 333x setiap hari.
3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11x, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut.
4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya.

AMALAN KETIGA
1. Untuk mendapatkan zuriat: Amalkan zikir “Ya Khaliq”, ” Ya Bari’ ” dan “Ya Musawwir” semasa ‘bersama’. Baca dalam hati daripada awal hingga akhir.

2. Semasa ‘pancutan’, niatkan untuk mendapatkan anak. Zikir dan doa ini untuk suami atau isteri atau kedua-duanya amalkan.

AMALAN KEEMPAT

1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam) setiap awal pagi (utk si suami).

2. Buat senaman batin tiap2 kali bgn tidur waktu pagi (utk si suami).

3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid. Insya-Allah jika diamalkan berhasil.

4. Doa Nabi Zakaria.

5. Surah Al-Waqiah selepas subuh.

6. Lepas maghrib amalkan Al-Mulk (kekuasaan Allah SWT).

7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.

DIET PEMAKANAN

1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari.

2. Buah Delima.

3. Buah Zaitun.

4. Buah Kurma.

5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid.

Lepas tu amik seafood, amik supplements, salah satunya Spirulina amik secara tetap kira2 30 tablet setiap hari, makan sayur & buah.

Suami banyakkan makan makanan jenis berasid spt daging, ayam dll.

6. Jangan minum ais dan minum air kelapa.

Sumber:
fauzynm, majalah NUR Dismeber2006, Syikin
http://ratuhatiku.com/


Suasana Perpustakaan aku…


HARAPAN

“Hakikat yang sering kita terlepas pandang ialah setiap masalah berpunca daripada diri sendiri hanya kita sahajalah yang boleh menyelesaikan masalah itu. Sesungguhnya kita semua masih ada HARAPAN, walau dibebani berbagai masalah.”
Masalah sifatnya sementara. Walau seteruk manapun kita sekarang ni kerana berdepan masalah, percayalah mesti ada cara untuk ia diselesaikan. Biasanya, masalah yang muncul sesuai dengan kapasiti kita, kebolehan dan potensi kita.

Adakah itu kebetulan? Tidak. Ia telah diatur jadi sebegitu.

Sesusah-susah Anda mendepani masalah, ketahuilah ada orang lain yang masalahnya lagi susah daripada Anda. Bila tiba-tiba dibebani masalah, jangan sesekali menyalahkan takdir, orang sekeliling, kawan-kawan ataupun menyalahkan nasib. Salahkan diri sendiri.

Sama ada Anda tahu atau tidak, hakikat sebenar punca masalah adalah daripada Anda. Jika bukan dari kata-kata, masalah berpunca dari perbuatan Anda yang tersilap atau kurang berhasil.

Jika bukan dari perbuatan, ia dari fikiran Anda. Mungkin, Anda suka bersangka buruk pada setiap orang, setiap situasi, perkara dan benda. Anda memandang buruk pada orang lain, serta merta fikiran Anda menarik situasi-situasi buruk untuk muncul dalam hidup Anda.

Seberat manapun masalah Anda, masih ada harapan untuk ia berlalu pergi dari hidup Anda. Janji, ada kemahuan yang kuat untuk keluar dari masalah kemudian sanggup melakukan apa yang perlu dalam proses menyelesaikan masalah.

Untuk bermula, ubah sikap, ubah kata-kata, ubah juga apa yang ada difikiran.

Petikan dari:-
http://www.imotivasi.com/


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.